KUALA LUMPUR: Tiga wakil Malaysia termasuk juara beregu lelaki dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, berjaya menempah slot ke suku akhir di kejohanan badminton Terbuka India 2024 yang berlangsung di New Delhi hari ini.
Pada pusingan kedua kejohanan Super 750 yang berlangsung di Stadium Tertutup KD Jadhav, pilihan keempat Aaron-Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan pasangan Jepun Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura, 21-10, 21-14, dalam masa 31 minit.
Pasangan negara yang ketika ini menduduki ranking dunia keempat akan menentang beregu China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, yang menewaskan satu lagi gandingan Malaysia Goh Sze-Fei-Nur Izzuddin Rumsani 21-19, 17-21, 21-17.
Sementara itu Zii Jia, mengejutkan pilihan kelima dari Indonesia, Jonatan Christie, 21-15, 21-13, dan bakal berdepan pemain pilihan kedua dari Jepun, Kodai Naraoka, yang sebelum itu menyingkirkan rakan senegara Takuma Obayashi 21-19, 21-17, untuk menempah slot ke separuh akhir.
Sementara itu, pasangan beregu campuran bebas Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut melangkah ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Cheng Xing-Zhang Chi dari China, 26-24, 21-10.
Satu lagi gandingan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin menjadi pencabar bagi beregu negara Soon Huat-Shevon untuk mara ke suku akhir selepas pilihan kelima itu mengalahkan pasangan Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Jepun, 21-14, 21-13.
Bagaimanapun, kejohanan itu terpaksa melupakan tiga lagi wakil Malaysia termasuk beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah dan beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei selepas mereka tersingkir awal dalam pusingan kedua.
Pearly-Thinaah tewas kepada gandingan pilihan keempat dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, 16-21, 13-21, manakala pasangan profesional Vivian Hoo-Lim Chiew Sen juga terpaksa akur dengan kehebatan gandingan Hong Kong, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam, 11-21, 21-15, 10-21.
Tang Jie-Ee Wei pula ditunjukkan jalan keluar lebih awal oleh bekas juara dunia 2021 dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, 19-21, 16-21.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024
Tiga wakil Malaysia, beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, berjaya menempah slot ke suku akhir di kejohanan badminton Terbuka India 2024. - Foto Facebook BAM
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Malaysia Masters 2024 buka gelanggang, pemain negara optimis buat yang terbaik
Gelanggang kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 membuka tirainya hari ini hingga 26 Mei ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Terbuka Slovenia: Kebangkitan Justin Hoh bawa kepada kejuaraan
Pemain berusia 20 tahun itu berjaya menundukkan lawan dari Indonesia, Prahdiska Shujiwo.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
BAM iklan jawatan kosong: Kedudukan tiga jurulatih perseorangan lelaki dalam bahaya?
Persoalan itu timbul selepas BAM mengiklankan di Facebook mengenai pencarian tiga jurulatih perseorangan lelaki untuk skuad senior, hari ini.
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.